Wednesday, 6 March 2013

Aku Jatuh Cinta . ..


                                                      لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ هُ

Bismillah..




aku jatuh cinta.
buat kali entah keberapa..
pada Sang Pemilik Cinta..

aku jatuh hati..
setiap kali Dia mengirimkan nota-nota cinta..
memujuk hati-hati yang lara..

Sang Pencinta ku..
Engkau hadir bersama rindu..
Engkau tidak jemu menemaniku..
terima kasih cinta ku, hanya Kau yang satu.



Hari ini, Kau tunjukkan satu lagi kebesaranMu..
tanda cinta itu..
Pada doa yang selalu aku titipkan..
buat sahabat jauh dan dekat..
Terasa sungguh benar janji-janji Mu dahulu..
aku terharu, syukur ke hadrat Mu ya Allah..
Engkau membawa 'hati' itu kembali ke jalan Mu..
Engkau tunjukinya cahaya yang sangat indah dan terang..
buat sahabat-sahabat ku :')

Ya Allah..kami ingin membalas cinta-Mu..
izinkan lah..
tunjukilah jalan-jalannya..
damaikan lah hati kami dengan ketentuanMu..
kerana ku tahu,
di penghujung jalan itu..
bakal bertemu dengan-Mu..
wahai Pemilik Cintaku..


p/s: SubhanaAllah.. sesungguhnya hidayah itu benar-benar milik Mu ..dan Engkau berikan kepada sesiapa sahaja yang Kau inginkan.. ;')

Syukur Alhamdulillah..semoga terus tsabat ya ukhti? Allah memilih kamu..dan Dia tidak menjadikan agama ini sukar bagimu.. ;')




No comments:

Post a Comment