Monday, 10 June 2013

usaha. .




".Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. "

Thursday, 14 March 2013

menantiii.. .


assalamualaikum wbt..


ku sangka esok lusa hari akan bersinar . ku sangka esok lusa burung-burung berkicau menyanyikan lagu mesra . tapi tak semudah itu , tak semudah yang aku sangka .

petir , kilat , ribut datang sebelum matahari naik tinggi ke langit , sebelum burung-burung sempat berkicau di waktu pagi . hujan turun dengan lebatnya !

//tapi aku yakin , esok lusa bakal ade pelangi yang muncul memberi sinar harapan yang suci .. :')


Wednesday, 6 March 2013

Aku Jatuh Cinta . ..


                                                      لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ هُ

Bismillah..




aku jatuh cinta.
buat kali entah keberapa..
pada Sang Pemilik Cinta..

aku jatuh hati..
setiap kali Dia mengirimkan nota-nota cinta..
memujuk hati-hati yang lara..

Sang Pencinta ku..
Engkau hadir bersama rindu..
Engkau tidak jemu menemaniku..
terima kasih cinta ku, hanya Kau yang satu.



Hari ini, Kau tunjukkan satu lagi kebesaranMu..
tanda cinta itu..
Pada doa yang selalu aku titipkan..
buat sahabat jauh dan dekat..
Terasa sungguh benar janji-janji Mu dahulu..
aku terharu, syukur ke hadrat Mu ya Allah..
Engkau membawa 'hati' itu kembali ke jalan Mu..
Engkau tunjukinya cahaya yang sangat indah dan terang..
buat sahabat-sahabat ku :')

Ya Allah..kami ingin membalas cinta-Mu..
izinkan lah..
tunjukilah jalan-jalannya..
damaikan lah hati kami dengan ketentuanMu..
kerana ku tahu,
di penghujung jalan itu..
bakal bertemu dengan-Mu..
wahai Pemilik Cintaku..


p/s: SubhanaAllah.. sesungguhnya hidayah itu benar-benar milik Mu ..dan Engkau berikan kepada sesiapa sahaja yang Kau inginkan.. ;')

Syukur Alhamdulillah..semoga terus tsabat ya ukhti? Allah memilih kamu..dan Dia tidak menjadikan agama ini sukar bagimu.. ;')




Friday, 1 March 2013

Hanya Allah


 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ هُ

Manusia Hanya Pandai Setakat Bagi Harapan. . . .


tapi Allah siap tunaikan segala harapan

Ya Allah,tatkala cinta ambe bertasbih kepadaMu,barulah ambe tersedar sesungguhnya Engkau Ya Rahman Ya Rahim sentiasa memandang kasih terhadapku..dan ambe tidak pernah keseorangan..ampuni setiap kekhilafan diriku Ya Ghafur

Ya Allah,terimaksih di ats segalanya..\\

alhamdulillah,summa alhamdulillah, summa alhamdulillah

Friday, 1 February 2013

TAKUTTT NYEE YA ALLAH :'(


      Assalamualaikum



Bulan ini betul-betul membuatkan aku rasa tidak tenang. Setiap kali terfikirkan keputusan SPM yang bakal diumumkan minggu hadapan, jantungku seolah-olah dipanah petir, darah mudah yang hangat mengalir seakan-akan beku dan seluruh anggota tubuhku bagaikan berhenti berfungsi. Membaca status-status sahabat-sahabat seusiaku yang turut mengalami keadaan ini membuatkanku terus gusar memikirkan nasib.

Bukanku tidak yakin dengan ketentuan Allah, jauh sekali berburuk sangka kepada-Nya yang Maha Pencipta. Namun, sebagai manusia biasa yang lemah lagi tidak berdaya, aku hanya boleh bertawakkal dan terus berdoa agar suratan takdir bakal menitiskan air mata kesyukuran dan ukiran senyuman di bibirku. Ibu bapa, guru-guru, keluarga seterusnya semua yang mengenali diri ini menyimpan 1001 harapan. Seandainya doa-doaku diperkenankan, maka Alhamdulillah. Aku bersyukur. Tetapi aku terfikir, bagaimanakah jika sebaliknya (Nauzubillah)? Tidak wajar untukku menyalahi takdir kerana apa jua keputusan berakar umbikan usaha yang telah aku alirkan sebelumnya. Bagaimanakah harusku pasrah dan ikhlas menerima? Bagaimana harus aku berdepan dengan insan-insan mulia yang dikecewakan? Bagaimana pula dengan masa depan aku?

Nauzubillah. Aku berharap dan terus berharap agar Allah menjauhkan aku daripada ujian sebegitu. Aku takut. Aku tidak kuat.

Calon-calon SPM 2012. Ayuh bersama berdoa,

Ya Allah, hamba-hambaMu ini memohon. Terimalah titipan bingkisan madah-madah permintaan daripada hamba-hamba-Mu yang hina ini. Dengan rendah hatinya kami meminta, agar Engkau jauhi kami daripada diturunkan malapetaka berbentuk keputusan yang tidak kami ingini. Janganlah Engkau jadikan keputusan SPM kami ini sebagai pembalasan kerana dosa-dosa kami, sebaliknya jadikanlah ia anugerah keatas amalan-amalan kami. Kami hanya mampu meminta, memohon dan terus berdoa. Sekiranya Engkau memakbulkan doa kami, maka jauhkanlah kami dari sifat riak, ujub dan takbur. Dan jadikanlah kami hamba-hamba yang bersyukur. Namun ya Rabb, seandainya bukan rezeki kami untuk mendapat apa yang kami pinta itu, Engkau tabahkanlah hati-hati kami, Engkau berilah kekuatan dan kesabaran untuk kami redha keatasnya. Sesungguhnya, Engkaulah jua sebaik-baik perancang.

Demi Allah yang menciptakan, dan seluruh kekuasaanNya. Makbulkanlah.

Aameen Ya Rabbal Alameen.




PELAJAR PEREMPUAN SPM 2012 
WAKIL PELAJAR LELAKI 2012 (SPM)


   
   


Wednesday, 30 January 2013

Sanah Helwah ma




Sanah Helwah Ma!!
Salam...

30/1/2013, merupakan ulangtahun kelahiran ma aku yang tercinta.. Post hari ini,merupakan ucapan yang ikhlas dari lubuk hati,lubuk dalam dari hati,n lubuk lagi dalam hati tu punye hati.. Amboih..haha



Abah&Ma... sayang mereka :)Selamat Hari Lahir ma Tercinta yang ke **hehe bersamaan 31/1/1*** Ucapan yang teristimewa buat Ma yang amat kusayangi. Kasih sayangmu, segala pengorbananmu dan semua keperihatinanmu Ma,
sangat membuatkan erah, sanjung setinggi-tinggi langit ke tujuh menuju ke arash Allah. Demi Allah, Puan Natrah bt Awg Chik , Engkaulah ibu dunia dan akhirat. Moga kasih sayang Allah mengiringi kehidupanmu

Ma
Puisi Buat Ma
Ma
Sayu tatapan matamu.
Aku tahu semalam ma kurang tidur.
Ma
Maafkan erah hingga kini masih membebanimu.
Aku belum mampu membuatmu bahagia Ma.
Apalagi melihatmu tersenyum bangga.
Maafkan kami Ma.
Ya Allah,
Ku tadahkan tanganku berharap
Kau membahagiakan ibu sepertiku kini.
Ya Rabbi
Ku memohon setulus hati berilah Ma
mimpi yang selalu indah.
Ya Rabbul Izzati
Kuberharap padaMu anugerahkan ma kucupan hangat
seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku
terbangun di pagi hari.
Ya Illahi
Sejahterakanlah Ma.

Semoga Ma dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki oleh Allah..Terima kasih telah melahirkan erah,mendidik erah dan berikan kasih-sayang yang xpernah terhenti walau sedikit pon kat erah ..Semoga Ma diberi ganjaran oleh Allah..Amin :')

Selamat Hari Lahir Buat Ma Tercinta, Semoga allah panjangkan usia Ma, permudahkan segala urusan ma, murahkan rezeki dan pelihara kesihatan Ma .erah sesangat memiliki seorang ibu yang begitu tabah dan kuat menghadapi liku-liku hidup membesarkan kami adik beradik. I Love You So Much Ma. I Love You .


                   
                                                                         

                                                                                                        -Erah-

Wednesday, 23 January 2013

PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini. Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.



Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?



Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan. Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya. Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia. Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda.



Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar. Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.



Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun. Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata. Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.



Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya. Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.



Sekian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H





Monday, 21 January 2013

DOAKU UNTUK MU..


 18 tahun hidup di atas dunia, terasa begitu singkat sahaja waktunya.
tak tergambar apakah perasaan mak ayah apabila anak yang dahulunya kecil sudah membesar menjadi orang yang dewasa.

mungkin difikiran mereka, masih lagi terbayang detik-detik ketika melahirkan kita.. kita yang masih bayi disambut, didukung dan diazankan kita.. pasti.. mereka sgt sayangkan kita.
pasti teringat juga dihati mereka bagaimana mereka melayan kita ketika bermain-main.. pasti teringat juga akan mereka saat mereka memujuk kita tatkala kita sedang menangis..

 anak perempuan.. walaupun mereka sudah membesar, namun pada pandangan seorang ibu, dia tetap seperti anak kecil yang manja..

 tak putus doaku untuk ma,abah ..

 semoga Allah mengasihi ma,abah sebagaimana ma,abah mengasihi erah sejak erah  kecil lagi...
aminnnn...

                                                                                                           -erah-

                                                                           

BELAJAR JATUH CINTA



Aku BELAJAR jatuh cinta, belajar jatuh cinta dengan DIRI SENDIRI..dahulu aku sering membenci diri MELIHAT cermin, sehingga aku tidak sedar ada cermin di dalam HATI..pantulan cermin hatiku kepada Penciptaku..aku belajar jatuh cinta lagi, kepada perkara yang aku TIDAK SUKA..rupanya itulah yang aku akan jatuh cinta, perkara yang membawaku LEBIH DEKAT dengan Penciptaku..

Dan apabila jatuh cinta pada seorang INSAN, saat yang tidak dapat ku elakkan..dari KEJAUHAN, di hadapannya..aku MALU UNTUK MENDEKATI, aku MALU UNTUK MEMANDANG..tetapi di hadapan PENCIPTAKU, aku terang-terangan MEMINTA DIRINYA..kerana mengingatinya membawa INGATANKU pada Penciptaku, mungkin aku harus belajar jatuh cinta lagi..♥♥

p/s : Cintaku menakjubkan, ia tahu bagaimana cara MEMBERI tanpa meminta balasan, aku belajar jatuh cinta dari dicintai..kamu tahu MENGAPA? kerana Allah memang BAIK, menciptakan CINTA untuk kita..:)



Sunday, 20 January 2013

Ingin Dia Jadi Imam ku..


Ya Allah

Tabahkan hatiku untuk melihat nyaa

Sekadar dari jauh...

Demi-mu ya Allah..aku meninggalkannya

Sedangkan  sukar untuk unntuk melupakannyaa..

Sukar melupakan kenangan yang tercipta. . ..


Antara Engkau dengannya..

Engkaulah segala-segalanya

Biarkan kami terpisah 

  Sementara dan membawa

  Hala tuju masing-masing

  Juga menggapai cita-cita 



Monday, 14 January 2013

InsyaAllah ❥


semua org pasti akan mendapatkan cinta sejati mereka. tapi,, kita harus bersikap dewasa,, dalam mencari erti cinta sejati.....
 Tuhan pasti sudah memilihkan siapa yg pantas untuk dirinya...❥

Saturday, 12 January 2013

istikharah cinta ♥

istikharah cinta ? jawapannya tiada.
hati belum bersedia. serahkan pada Dia yang Maha Mengetahui tentang segala.

maaf hati ini belum mahu berpunya.
masih ingin mencari cinta Illahi.
sehingga tiba masanya.
akan di satukan . insyaAllah :')

Thursday, 3 January 2013

Badmood..




saya tak suka perasaan ini !..
saya benci rasa ini!..

bagaimana harus memulakan hari ini dengan senyuman andai kata-kata semalam masih berlegar-legar di
minda.. kata-kata yang menguris hati yang mendengar..
bila mengingatinya hati ini sakit.. sedih .. sebak..
tabah lah wahai hati...


Hati Bergetar Rindu


                           Hidup adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan.
                                       Maka,janganlah ada yang menyerah,
                                                janganlah berputus asa 
                                                             dan
                         jangan menganggap perjuangan hidup adalah suatu yang sia-sia...
                                     Tetaplah tegar meski yang lain berguguran..
                         Tetaplah tersenyum meski perjuangan ini terasa pahit dan berliku..
                               kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita...


                                                                         ~Hati Bergetar Rindu syahirah