D!aR! QaSeh. ..
Monday, 10 June 2013
Thursday, 14 March 2013
menantiii.. .
ku sangka esok lusa hari akan bersinar . ku sangka esok lusa burung-burung berkicau menyanyikan lagu mesra . tapi tak semudah itu , tak semudah yang aku sangka .
petir , kilat , ribut datang sebelum matahari naik tinggi ke langit , sebelum burung-burung sempat berkicau di waktu pagi . hujan turun dengan lebatnya !
//tapi aku yakin , esok lusa bakal ade pelangi yang muncul memberi sinar harapan yang suci .. :')
Wednesday, 6 March 2013
Aku Jatuh Cinta . ..
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ هُ
Bismillah..

aku jatuh cinta.
buat kali entah keberapa..
pada Sang Pemilik Cinta..
aku jatuh hati..
setiap kali Dia mengirimkan nota-nota cinta..
memujuk hati-hati yang lara..
Sang Pencinta ku..
Engkau hadir bersama rindu..
Engkau tidak jemu menemaniku..
terima kasih cinta ku, hanya Kau yang satu.

Hari ini, Kau tunjukkan satu lagi kebesaranMu..
tanda cinta itu..
Pada doa yang selalu aku titipkan..
buat sahabat jauh dan dekat..
Terasa sungguh benar janji-janji Mu dahulu..
aku terharu, syukur ke hadrat Mu ya Allah..
Engkau membawa 'hati' itu kembali ke jalan Mu..
Engkau tunjukinya cahaya yang sangat indah dan terang..
buat sahabat-sahabat ku :')
Ya Allah..kami ingin membalas cinta-Mu..
izinkan lah..
tunjukilah jalan-jalannya..
damaikan lah hati kami dengan ketentuanMu..
kerana ku tahu,
di penghujung jalan itu..
bakal bertemu dengan-Mu..
wahai Pemilik Cintaku..
p/s: SubhanaAllah.. sesungguhnya hidayah itu benar-benar milik Mu ..dan Engkau berikan kepada sesiapa sahaja yang Kau inginkan.. ;')
Syukur Alhamdulillah..semoga terus tsabat ya ukhti? Allah memilih kamu..dan Dia tidak menjadikan agama ini sukar bagimu.. ;')
Bismillah..

aku jatuh cinta.
buat kali entah keberapa..
pada Sang Pemilik Cinta..
aku jatuh hati..
setiap kali Dia mengirimkan nota-nota cinta..
memujuk hati-hati yang lara..
Sang Pencinta ku..
Engkau hadir bersama rindu..
Engkau tidak jemu menemaniku..
terima kasih cinta ku, hanya Kau yang satu.

Hari ini, Kau tunjukkan satu lagi kebesaranMu..
tanda cinta itu..
Pada doa yang selalu aku titipkan..
buat sahabat jauh dan dekat..
Terasa sungguh benar janji-janji Mu dahulu..
aku terharu, syukur ke hadrat Mu ya Allah..
Engkau membawa 'hati' itu kembali ke jalan Mu..
Engkau tunjukinya cahaya yang sangat indah dan terang..
buat sahabat-sahabat ku :')
Ya Allah..kami ingin membalas cinta-Mu..
izinkan lah..
tunjukilah jalan-jalannya..
damaikan lah hati kami dengan ketentuanMu..
kerana ku tahu,
di penghujung jalan itu..
bakal bertemu dengan-Mu..
wahai Pemilik Cintaku..
p/s: SubhanaAllah.. sesungguhnya hidayah itu benar-benar milik Mu ..dan Engkau berikan kepada sesiapa sahaja yang Kau inginkan.. ;')
Syukur Alhamdulillah..semoga terus tsabat ya ukhti? Allah memilih kamu..dan Dia tidak menjadikan agama ini sukar bagimu.. ;')
Friday, 1 March 2013
Hanya Allah
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ هُ
Manusia Hanya Pandai Setakat Bagi Harapan. . . .

tapi Allah siap tunaikan segala harapan
Ya Allah,tatkala cinta ambe bertasbih kepadaMu,barulah ambe tersedar sesungguhnya Engkau Ya Rahman Ya Rahim sentiasa memandang kasih terhadapku..dan ambe tidak pernah keseorangan..ampuni setiap kekhilafan diriku Ya Ghafur
Ya Allah,terimaksih di ats segalanya..\\
alhamdulillah,summa alhamdulillah, summa alhamdulillah
Friday, 1 February 2013
TAKUTTT NYEE YA ALLAH :'(
Assalamualaikum
Bulan ini betul-betul membuatkan aku rasa tidak tenang. Setiap kali terfikirkan keputusan SPM yang bakal diumumkan minggu hadapan, jantungku seolah-olah dipanah petir, darah mudah yang hangat mengalir seakan-akan beku dan seluruh anggota tubuhku bagaikan berhenti berfungsi. Membaca status-status sahabat-sahabat seusiaku yang turut mengalami keadaan ini membuatkanku terus gusar memikirkan nasib.
Bukanku tidak yakin dengan ketentuan Allah, jauh sekali berburuk sangka kepada-Nya yang Maha Pencipta. Namun, sebagai manusia biasa yang lemah lagi tidak berdaya, aku hanya boleh bertawakkal dan terus berdoa agar suratan takdir bakal menitiskan air mata kesyukuran dan ukiran senyuman di bibirku. Ibu bapa, guru-guru, keluarga seterusnya semua yang mengenali diri ini menyimpan 1001 harapan. Seandainya doa-doaku diperkenankan, maka Alhamdulillah. Aku bersyukur. Tetapi aku terfikir, bagaimanakah jika sebaliknya (Nauzubillah)? Tidak wajar untukku menyalahi takdir kerana apa jua keputusan berakar umbikan usaha yang telah aku alirkan sebelumnya. Bagaimanakah harusku pasrah dan ikhlas menerima? Bagaimana harus aku berdepan dengan insan-insan mulia yang dikecewakan? Bagaimana pula dengan masa depan aku?
Nauzubillah. Aku berharap dan terus berharap agar Allah menjauhkan aku daripada ujian sebegitu. Aku takut. Aku tidak kuat.
Calon-calon SPM 2012. Ayuh bersama berdoa,
Ya Allah, hamba-hambaMu ini memohon. Terimalah titipan bingkisan madah-madah permintaan daripada hamba-hamba-Mu yang hina ini. Dengan rendah hatinya kami meminta, agar Engkau jauhi kami daripada diturunkan malapetaka berbentuk keputusan yang tidak kami ingini. Janganlah Engkau jadikan keputusan SPM kami ini sebagai pembalasan kerana dosa-dosa kami, sebaliknya jadikanlah ia anugerah keatas amalan-amalan kami. Kami hanya mampu meminta, memohon dan terus berdoa. Sekiranya Engkau memakbulkan doa kami, maka jauhkanlah kami dari sifat riak, ujub dan takbur. Dan jadikanlah kami hamba-hamba yang bersyukur. Namun ya Rabb, seandainya bukan rezeki kami untuk mendapat apa yang kami pinta itu, Engkau tabahkanlah hati-hati kami, Engkau berilah kekuatan dan kesabaran untuk kami redha keatasnya. Sesungguhnya, Engkaulah jua sebaik-baik perancang.
Demi Allah yang menciptakan, dan seluruh kekuasaanNya. Makbulkanlah.
Aameen Ya Rabbal Alameen.
![]() |
PELAJAR PEREMPUAN SPM 2012 |
![]() |
WAKIL PELAJAR LELAKI 2012 (SPM) |
Wednesday, 30 January 2013
Sanah Helwah ma
Sanah Helwah Ma!!
Salam...
30/1/2013, merupakan ulangtahun kelahiran ma aku yang tercinta.. Post hari ini,merupakan ucapan yang ikhlas dari lubuk hati,lubuk dalam dari hati,
Abah&Ma... sayang mereka :)Selamat Hari Lahir ma Tercinta yang ke **hehe bersamaan
sangat membuatkan erah, sanjung setinggi-tinggi langit ke tujuh menuju ke arash Allah. Demi Allah, Puan Natrah bt Awg Chik , Engkaulah ibu dunia dan akhirat. Moga kasih sayang Allah mengiringi kehidupanmu
Ma
Puisi Buat Ma
Ma
Sayu tatapan matamu.
Aku tahu semalam ma kurang tidur.
Ma
Maafkan erah hingga kini masih membebanimu.
Aku belum mampu membuatmu bahagia Ma.
Apalagi melihatmu tersenyum bangga.
Maafkan kami Ma.
Ya Allah,
Ku tadahkan tanganku berharap
Kau membahagiakan ibu sepertiku kini.
Ya Rabbi
Ku memohon setulus hati berilah Ma
mimpi yang selalu indah.
Ya Rabbul Izzati
Kuberharap padaMu anugerahkan ma kucupan hangat
seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku
terbangun di pagi hari.
Ya Illahi
Sejahterakanlah Ma.
Semoga Ma dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki oleh Allah..Terima kasih telah melahirkan erah,mendidik erah dan berikan kasih-sayang yang xpernah terhenti walau sedikit pon kat erah ..Semoga Ma diberi ganjaran oleh Allah..Amin :')
Selamat Hari Lahir Buat Ma Tercinta, Semoga allah panjangkan usia Ma, permudahkan segala urusan ma, murahkan rezeki dan pelihara kesihatan Ma .erah sesangat memiliki seorang ibu yang begitu tabah dan kuat menghadapi liku-liku hidup membesarkan kami adik beradik. I Love You So Much Ma. I Love You .
-Erah-
Wednesday, 23 January 2013
PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H
Subscribe to:
Posts (Atom)